soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Makluman Pemberitahuan Penutupan Hutan-Hutan Lipur Dan Laluan Pendakian Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

Untuk makluman Yang Berhormat Dato’/Tuan/Puan, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu ingin memaklumkan bahawa semua hutan-hutan lipur dan laluan pendakian di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu akan ditutup kepada pengunjung awam mulai 1 November 2019 sehingga 28 Februari 2020. Hal ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku ekoran musim tengkujuh dan risiko kepala air.

Sekian, Terima Kasih.

Makluman Program Roadshow Pelaksanaan Pelan Induk Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) Negeri Terengganu

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kumpulan Kayu Kayan Terengganu (KPKKT) Sdn. Bhd akan menganjurkan Program Roadshow Pelaksanaan Pelan Induk Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) Negeri Terengganu pada 17 Oktober 2019 (Khamis) bertempat di Dataran Taman Rekreasi Tasik Puteri, Bukit Besi, Dungun yang akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu.

 

 

 

 

Notis Pemberitahuan Kepada Semua Pengunjung Hutan Lipur

Adalah dimaklumkan bahawa semua Hutan Lipur telah ditutup kepada orang awam mulai 1 November 2017 sehingga 28 Februari 2018, berikutan musim tengkujuh dan risiko kepala air. Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kemalangan yang berlaku di Hutan Lipur. Kemasukan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dan akan didakwa di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

 

Makluman Sijil Pendaftaran Kontraktor Dan Kerja-Kerja Pembangunan Hutan Yang Tidak Dituntut

Untuk makluman YBhg. Dato’/ Tuan/Puan terdapat Sijil Pendaftaran Kontraktor Dan Kerja-Kerja Pembangunan Hutan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu Yang Tidak Dituntut sehingga Oktober 2017. Sila klik Disini bagi mengetahui maklumat lanjut berkenaan Senarai Sijil Pendaftaran Kontraktor Dan Kerja-Kerja Pembangunan Hutan yang tidak dituntut. Sijil-sijil tersebut boleh dituntut di Bahagian Pembangunan Hutan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.