1Akses
  • Bahasa Lain

greenbluered



Program “Ihya Ramadhan”, CSR Dan Perjumpaan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia

Pada 5 Jun 2018 (Selasa) Bersamaan 20 Ramadhan 1439 H, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menganjurkan Program “Ihya Ramadhan”, CSR dan Perjumpaan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia bertempat di Dewan Besar JPNT. Turut serta dalam program ini ialah YBhg. Dato’ Hj. Nor Akhirrudin Bin Mahmud (Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia), YBhg. Dato’ Haji Ahmad Fadzil Bin Abdul Majid (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu), pegawai-pegawai kanan dan warga Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Aturcara program pada sesi pagi ialah gotong-royong persiapan membuat bubur lambuk bertempat perkarangan Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara. Bagi aturcara program pada sesi petang ialah pengagihan bubur lambuk dan anak pokok kepada orang awam dan masjid. Pada program tersebut, YBhg. Dato’ Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu telah menyerahkan sumbangan Kutipan Amanah Aman Palestin kepada Wakil Aman Palestin Negeri Terengganu. Manakala YBhg. Dato’ Ketua Pengarah perhutanan Semenanjung Malaysia telah menyerahkan sumbangan kepada pelajar-pelajar tahfiz. Penganjuran program ini dapat mengeratkan ukhwah dan semoga mendapat keberkatan serta kerahmatan Allah S.W.T jua.

programIlya1

programIlya2

programIlya3

programIlya5

programIlya6

programIlya7

programIlya8

programIlya9

 

Majlis Penyerahan Barangan Terpakai 2018

Pada 8 Mei 2018 (Selasa), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Penyerahan Barangan Terpakai Kepada YBhg Dato Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu bertempat Dewan Besar Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Program ini merupakan anjuran Persatuan Sukan Dan Kebajikan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (PERSUKAT). Barangan tersebut akan diagihkan kepada rumah anak-anak yatim/ miskin dan mereka yang memerlukan.

AktivitiPERSUKAT 1

AktivitiPERSUKAT 2

AktivitiPERSUKAT 3

AktivitiPERSUKAT 4

Program Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu 2018

Pada 19 April 2018 (Khamis), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menganjurkan Program Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu 2018 bertempat di Dataran Laman Seri Rhu 10, Pantai Penarik, Setiu. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Mohd Zubir Bin Embong, (Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu) mewakili YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Bin Abd. Rahman (Menteri Besar Terengganu) yang tidak dapat hadir. Turut serta dalam program ini ialah YBhg. Dato’ Hj. Nor Akhirrudin Bin Mahmud (Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia), YBhg. Dato’ Haji Ahmad Fadzil Bin Abdul Majid (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu), pegawai-pegawai kanan, ahli PUSPANITA JPNT, JKKK dan penduduk kampung. Penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat untuk menyayangi khazanah hutan melalui program kemasyarakatan. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut adalah penanaman pokok dan pameran.

HariHutan2018 1

HariHutan2018 2

HariHutan2018 3

HariHutan2018 4

HariHutan2018 5

 

Majlis Perasmian Program Communication, Education And Public Awareness (CEPA) Dan Program Corporate Social Responsibility (CSR)

Pada 2 Mac 2018, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) Dan Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT) dengan kerjasama Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn.Bhd (KPKKT) telah menganjurkan Program Communication, Education And Public Awareness (CEPA) Dan Program Corporate Social Responsibility (CSR) Sempena Pendakian Gunung Chemerong, Berembun Dan Lansir (CBL) Orang Kurang Upaya (OKU) Pekak Peringkat Kebangsaan 2018 pada 02 – 04 Mac 2018. Majlis perasmian telah diadakan pada 2 Mac 2018 bertempat Taman Eko-Rimba Chemerong, Dungun Terengganu. Program ini telah dirasmikan oleh YB Haji Roslee Bin Daud, ADUN Bukit Besi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mempromosi keindahan Gunung CBL dan menyemai semangat cintakan alam sekitar kepada komuniti OKU Pekak disamping menyampaikan sumbangan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Kesihatan Kampung (J3K).

programCEPA 1

programCEPA 2

programCEPA 3

programCEPA 4

programCEPA 5

programCEPA 6