soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara 2013: "Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Untuk Kesejahteraan Masyarakat"

payabakau

Sukacita dimaklumkan bahawa Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara 2013 bertemakan “Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Untuk Kesejahteraan Masyarakat” akan diadakan pada 11-13 Jun 2013 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu. Seminar ini akan dirasmikan oleh Yb Dato' Hj Razif Bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau & Air, Kerajaan Negeri Terengganu.            

Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara merupakan salah satu aktiviti pengukuhan di bawah Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara. Seminar seperti ini yang telah diadakan secara bersiri sejak tahun 2006 merupakan platform untuk membincangkan pelbagai aspek pemeliharaan dan pemuliharaan hutan pesisiran pantai negara, isu, cabaran dan input-input terkini bagi membantu kejayaan pelaksanaan program pemuliharaan hutan pesisiran pantai negara yang lebih berkesan. Melalui seminar ini juga dapat memberikan peluang kepada masyarakat setempat untuk turut mengambil bahagian secara aktif dan mendapat manfaat hasil daripada perbincangan dan pembentangan sepanjang seminar ini diadakan.

Objektif Seminar :-

  1. Menyediakan ruang untuk membincangkan isu, masalah, cabaran serta usaha-usaha pengurusan dan pemuliharaan hutan pesisiran pantai negara;
  2. Mendapatkan input-input terkini bagi memastikan pelaksanaan program tanaman yang lebih berkesan di masa hadapan;
  3. Meningkatkan inisiatif-inisiatif kesedaran awam terhadap tujuan dan kepentingan program pemuliharaan pesisiran pantai; dan
  4. Mengeratkan kerjasama di kalangan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, institusi-institusi tempatan dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam pemuliharaan dan pemeliharaan hutan pesisiran pantai negara.