1Akses
  • Bahasa Lain

greenbluered



Dasar Kualiti JPNT

DASAR KUALITI

JABATAN PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU

 Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu adalah komited untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam Pengurusan Pengeluaran Kayu secara Berkekalan bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpanan Kekal supaya dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa, kaedah dan peraturan-peraturan untuk memenuhi kehendak pelanggan.

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu percaya perkara ini dapat dicapai melalui penerapan budaya kerja yang memenuhi keperluan MS ISO 9001:2008 pada semua peringkat kakitangan dalam pelaksanaan sistem pengurusan kualiti yang berkesan dengan komitmen yang tinggi dari pengurusan atasan hingga ke peringkat bawahan.

 Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu akan mengenal pasti dari semasa ke semasa kelemahan-kelemahan dalam organisasi dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan dengan penglibatan semua tenaga kerja untuk menambah baik secara berterusan Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

Semua ketua bahagian/unit akan memantau dan mengkaji prestasi sebenar pelaksanaan objektif-objektif kualiti yang telah ditetapkan di bawah bidang tugas serta tanggungjawab masing-masing dan mengambil tindakan segera apabila prestasi pelaksanaan tidak mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan.

Dasar Kualiti akan sentiasa disemak dan dikemaskini supaya ianya sentiasa sesuai.

Dasar kualiti dihebahkan untuk difahami oleh semua anggota organisasi.