1Akses
  • Bahasa Lain

greenbluered



Objektif Kualiti JPNT

OBJEKTIF KUALITI

JABATAN PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU

Mempastikan Pengurusan Pengeluaran Kayu secara Berkekalan bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpanan Kekal dilaksanakan seperti berikut:

a)memastikan pembukaan kawasan untuk pengusahasilan hutan tidak melebihi Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang ditetapkan;

b)memastikan aktiviti Penandaan dan Pengesahan Sempadan Kawasan Kerja, Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F), Penandaan Pokok, Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) dan Rawatan Silvikultur dilaksanakan sekurang-kurangnya 80%  daripada matlamat fizikal tahunan yang telah ditetapkan;

c)memastikan proses pelaksanaan aktiviti Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F), Penandaan Pokok, Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) dan Rawatan Silvikultur mencapai tahap piawaian tidak kurang daripada 90%;

d)memastikan Lesen Mengeluarkan Hasil Hutan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh kelulusan diberi, setelah semua syarat kelulusan dipenuhi;

e)memastikan Laporan Penutup Pengusahasilan Hutan disediakan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tamat tempoh lesen atau tarikh permohonan penutupan lesen daripada pemegang lesen, mengikut mana yang terdahulu;

f)memastikan 80% daripada latihan/kursus dalam perancangan tahunan Jabatan Perhutanan Negeri yang berkaitan dengan Sistem Pengurusan Kualiti dilaksanakan; dan

g)semua aduan pelanggan akan dijawab akuan terima dalam masa tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima.

h)Memastikan 80% daripada peruntukan mengurus (B29) dalam perancangan tahunan Jabatan Negeri dilaksanakan.

i)Memastikan 80% daripada peruntukan (B29 dan P29) pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur dalam perancangan tahunan Jabatan Perhutanan Negeri dilaksanakan.

j)Memastikan 80% daripada peruntukan pembelian dan penyelenggaraan komputer dalam perancangan tahunan Jabatan Perhutanan Negeri dilaksanakan