faqengJPNT | contactusJPNT| complaintsformJPNT| sitemapJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Program Lawatan Ke Sabah

KUALA TERENGGANU, 26-29 Disember 2013 - Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) telah mengadakan Program Kerjasama Teknikal Dalam Bidang Rekreasi Dan Ekopelancongan Hutan Ke Jabatan Hutan Negeri Sabah dan Taman-Taman Sabah. Di dalam usaha untuk meningkatkan sumbangan ekopelancongan sebagai penjana ekonomi Kerajaan Negeri, program lawatan ini disertai oleh 27 orang kakitangan Jabatan daripada pelbagai peringkat perjawatan yang berkhidmat samaada di Ibu Pejabat JPNT dan Daerah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang Rekreasi.

Program ini melibatkan perkongsian maklumat dengan pegawai-pegawai Jabatan Hutan Sabah dan pihak Pengurusan Taman-Taman Sabah didalam segala aspek berkaitan perhutanan. Jalinan kerjasama dan perkongsian maklumat di antara kedua-dua Jabatan ini ini amat penting untuk diaplikasikan di JPNT selain daripada mengeratkan jalinan kerjasama di antara kedua-dua Jabatan. Tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk melihat dan menimba pengetahuan dengan lebih mendalam berkaitan aspek perhutanan, pengurusan di kawasan rekreasi dan ekopelancongan di Sabah.