faqengJPNT | contactusJPNT| complaintsformJPNT| sitemapJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Isu Keselamatan E-mail JPSM

Kepada semua Pengguna E-mel @forestry.gov.my,


Isu Keselamatan E-mel di JPSM

Adalah dimaklumkan, didapati terdapat beberapa akaun e-mel pengguna JPSM telah dikesan diserang virus dan telah mengganggu operasi e-mel pengguna tersebut. Faktor utama perkara ini berlaku disebabkan oleh pengguna telah membuka dan reply kepada e-mel yang diragui serta klik pada pautan (url) yang terdapat pada e-mel tersebut. Dimaklumkan juga, penerimaan e-mel-e-mel tersebut tidak diklasifikasikan sebagai ‘berisiko’ oleh server e-mel JPSM disebabkan e-mel tersebut hanya akan mengaktifkan malicious code/virus setelah pengguna membuka, reply dan klik pada pautan (url) yang terdapat dalam e-mel tersebut.

Sehubungan itu, semua pengguna e-mel perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi maklumat melalui e-mel kerana berkemungkinan besar e-mel-e-mel tersebut (ataupun pautan (url) dalam e-mel) mengandungi malicious code / malware seperti virus, trojan horse, worms dan sebagainya. Pengguna e-mel seharusnya :-

i.   TIDAK membuka e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui atau diragui kerana e-mel tersebut merupakan  emel spam yang dihantar secara rawak dan disarankan untuk terus menghapuskan (delete) e-mel tersebut.

ii.  TIDAK klik pada pautan (url) yang terdapat dalam e-mel yang tidak berkaitan dan

iii. TIDAK reply kepada e-mel seperti yang dinyatakan di atas

Pengguna e-mel yang tidak mematuhi saranan ini akan mengalami gangguan capaian e-mel dan merosakkan keseluruhan operasi penerimaan dan penghantaran e-mel.

Sekiranya menerima sebarang e-mel yang mencurigakan, mohon untuk merujuk dengan pegawai-pegawai IT di Bahagian Pengurusan Maklumat terlebih dahulu sebelum memberi sebarang maklum balas
kepada e-mel tersebut.