soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered

´╗┐

Taklimat Perhutanan Negeri Terengganu

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu akan menganjurkan satu taklimat mengenai kenaikan kadar Fee industri berasas kayu yang telah diluluskan oleh kerajaan Negeri Terengganu dalam mesyuarat kali ke-35 tahun 2013 melalui kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Bil.1828/2013 pada November 2013. Selain dari itu, taklimat ini juga akan menerangkan mengenai Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dan juga Pindaan Garis Panduan Jalan Hutan 2010 (Pindaan 2013).

Taklimat ini diadakan khas untuk Pemegang Lesen Industri Berasas Kayu dan Pemegang Lesen Mengambil Hasil HUtan bagi membolehkan pihak pemegang lesen mendapat input yang tepat mengenai Industri Berasas Kayu disamping dapat menjalinkan hubungan yang rapat antara jabatan dan pemegang - pemegang lesen dan juga untuk memberi pencerahan terhadap 'kelakuan tidak wajar' dan tindakan yang perlu diambil bagi mencegah perlakuan tersebut.

Berikut adalah butiran berkenaan Taklimat yang akan diadakan:

Tarikh : 19 Oktober 2014 (Ahad)

Masa   : 8:30 pagi

Tempat: KT Golf Resort Berhad,

             Tok Jembal ,Mukim Hulu Nerus,

              21300 Kuala Terengganu.