faqengJPNT | contactusJPNT| complaintsformJPNT| sitemapJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Aplikasi Mobile MYHRMIS Cuti Dan SMS Cuti HRMIS

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membangunkan aplikasi mobile MyHRMIS Cuti untuk kemudahan dan kegunaan penjawat awam. Aplikasi MyHRMIS Cuti dibangunkan untuk pengguna Android dan boleh dimuat turun daripada Play Store dengan membuat carian katanama ‘MyHRMIS’. Semua pengguna adalah dipohon agar mengemaskini aplikasi MyHRMIS Cuti kepada versi 1.1.5 melalui Play Store tersebut. Selain itu, pihak JPA jugak telah mewujudkan perkhidmatan SMS Cuti HRMIS untuk semakan baki cuti rehat, GCR, status cuti dan permohonan cuti rehat melalui perkhidmatan mySMS 15888.

Contoh Semakan Cuti HRMIS : JPA HRMISBKCT [No.KP]

Manual pengguna tatacara penggunaan MyHRMIS Cuti dan SMS Cuti HRMIS boleh dimuatturun di Portal Rasmi HRMIS (http://www.eghrmis.gov.my/)