faqengJPNT | contactusJPNT| complaintsformJPNT| sitemapJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Program Larian Tanah Bencah Setiu Dan Kempen Kesedaran Penanaman Pokok Tahun 2015

Satu Program Larian Tanah Bencah Setiu Dan Kempen Kesedaran Penanaman Pokok Tahun 2015 telah diadakan di Kampung Mangkok Setiu, Terengganu pada 25 Mac 2015 (Rabu). Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Azmi Bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu. Turut serta dalam menjayakan program ini ialah WWF-Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Setiu, JKKK Kampung Mangkok, JKKK Kampung Penarek Lama, JKKK Kampung Penarek Baru, JKKK Kampung Bukit Chalok, PEWANIS dan PUSPANITA JPNT. Program ini bertujuan memulihara persisiran pantai sebagai lindungan semulajadi bagi mengurangkan kemusnahan akibat kejadian alam dan hakisan tanah. Sekolah yang terlibat dalam program ini ialah SMK. Lembah Bidong, SM. Sains Setiu, SMK Penarek, SMK Saujana, SMK Guntong, SK Bari, SK Rhu Sepuluh, SK Penarek, SK Mangkok dan SK Saujana. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah larian bagi pelajar sekolah rendah dan menengah, penanaman pokok dan menandatangani ikrar.

LTB1 700x500

LTB2 700x500

LTB3 700x500

LTB4 700x500

LTB5 700x500

LTB6 700x500