faqengJPNT | contactusJPNT| complaintsformJPNT| sitemapJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Audit Dalam MC&I (Hutan Asli) FMU Terengganu

Pada 5 hingga 9 April 2015, pasukan Audit Dalam MC&I (Hutan Asli) telah menjalankan pemantauan pensijilan pengurusan Hutan MC&I (Hutan Asli) bagi Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Pasukan Audit Dalam MC&I (Hutan Asli) yang terlibat ialah En. Mohd Rahim Bin Ramli (Ketua Juruaudit Dalam), En. Mohd Faris Bin Sobri, En. Lokman Bin Abdullah, En. Rajihan Bin Rahim, En. Mohd Basri Bin Mahidin @ Mohiden dan Renjer Kamal Kusyairi Bin Abd Ghani. Audit Dalam yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk menilai pelaksanaan kehendak-kehendak MC&I (Hutan Asli) dan mengenalpasti kelemahan yang sedia ada, mencadangkan kaedah peningkatan bagi mengatasi kelemahan ini sebagai langkah persediaan untuk menghadapi audit susulan oleh Badan Pensijilan dan menyediakan laporan Audit Dalam MC&I (Hutan Asli) untuk pertimbangan pihak pengurusan FMU Terengganu.

IMG-20150409-WA0003 700x500