soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Taklimat Pembentangan “Terengganu Integrated Forestry Management System”

Taklimat Pembentangan Kemajuan "Terengganu Integrated Forestry Management System" atau Sistem T-ifms telah diadakan pada 13 dan 14 April 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 8, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Seramai 30 orang kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menghadiri sesi taklimat Kemajuan "Terengganu Integrated Forestry Management System". Antara agenda yang dijalankan ialah penyerahan 20 unit Microsoft Surface Pro, Latihan Penggunaan, Pengujian dan Kesesuian Microsoft Surface Pro. Pegawai UTEM yang terlibat ialah Prof. Madya Dr. Mohd Faizal bin Abdollah, En. Othman bin Mohd, Dr. Mohd Sanusi bin Azmi, En. Mohd Zaki bin Mas’ud, En. Yahaya bin Abd. Rahim, En. Noor Azman bin Mat Arif, En. Mohd Nizam bin Said, Dr. Mohd. Hafiz bin Zakaria dan Dr. Fahmi Arif.

20150413 095147 700x500

 En. Othman Bin Mohd, Pegawai UTEM menyerahkan Microsoft Surface Pro Tab kepada Tuan Haji Azmi Bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu.

20150413 095411 700x500

20150413 095419 700x500

20150414 120649 700x500

20150414 120716 700x500