faqengJPNT | contactusJPNT| complaintsformJPNT| sitemapJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Slot Wawancara Dengan Radio RTM FM Dan MANIS FM

Pada 26 Mei 2015, Penolong Pegawai (Silvikultur & Perlindungan Hutan), Puan Veronica Justin mewakili Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Tuan Haji Azmi Bin Nordin telah menghadiri sesi slot wawancara bersama dengan radio RTM Fm dan Manis Fm. Sesi slot wawancara bersama dengan radio RTM Fm ialah pada pukul 8.30 pagi, manakala sesi slot wawancara bersama dengan radio Manis Fm ialah pada pukul 12.00 Tengahari. Tujuan sesi slot wawancara dengan Radio RTM Fm dan Manis Fm ialah untuk menghebahkan Program Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu 2015. Antara temubual yang disampaikan ialah Puan Veronica menerangkan tujuan program dilaksanakan adalah untuk menyemai dan menyemarakkan rasa cinta di kalangan masyarakat supaya menyayangi hutan dan menghargai kepentingannya dalam menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi dan kestabilan alam sekitar.

IMG-20150526-WA0002 700x500

IMG-20150526-WA0003 700x500