soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Aktiviti “PERSUKAT Bowling Challenge 2015”

Pada 23 November 2015, Persatuan Kebajikan dan Sukan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (PERSUKAT) telah mengadakan aktiviti “PERSUKAT Bowling Challenge 2015” yang bertempat di U-Bowl, Mesra Mall, Kemaman, Terengganu. Pertandingan ini diadakan bagi memenuhi perancangan dan aktiviti sukan tahunan yang dirancang oleh PERSUKAT. Upacara majlis perasmian pertandingan ini dikelolai oleh Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan. Dua acara telah dipertandingkan iaitu satu acara berkumpulan lelaki dan satu acara berkumpulan wanita. Sebanyak 11 kumpulan telah mengambil bahagian. Ibu Pejabat Hutan Negeri Terengganu, Pejabat Hutan Daerah Selatan dan Pejabat Hutan Daerah Utara telah menghantar tiga wakil kumpulan masing-masing iaitu, dua kumpulan lelaki dan satu kumpulan wanita. Manakala Pejabat Hutan Daerah Barat hanya menghantar dua kumpulan lelaki sahaja. Bagi acara berkumpulan lelaki, Johan disandang oleh Pejabat Hutan Daerah Utara, manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Ibu Pejabat. Seterusnya bagi acara berkumpulan wanita, Johan juga disandang oleh Pejabat Hutan Daerah Utara, tempat kedua disandang oleh Pejabat Hutan Daerah Selatan dan tempat ketiga disandang oleh Ibu Pejabat. Selain memenuhi aktiviti tahunan PERSUKAT, pertandingan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pegawai jabatan perhutanan antara daerah dengan mengenali pegawai hutan dari daerah lain dan juga sekaligus dapat menjadikan gaya hidup sihat dengan melibatkan diri dalam aktiviti bersukan.

Bowling 2