soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Aktiviti “Kejohanan Badminton dan Sepak Takraw PERSUKAT 2015”

Pada 12 Disember 2015 (Sabtu), Persatuan Kebajikan dan Sukan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (PERSUKAT) telah mengadakan aktiviti “Kejohanan Badminton dan Sepak Takraw PERSUKAT 2015”. Aktiviti kejohanan badminton telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu. Manakala bagi aktiviti kejohanan sepak takraw bertempat di Dewan Komuniti Kuala Berang. Aktiviti ini merupakan sukan tahunan yang dirancang oleh PERSUKAT untuk Tahun 2015. Upacara majlis perasmian pertandingan ini dikelolai oleh Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat. Aktiviti ini melibatkan ahli PERSUKAT dari Ibu Pejabat Hutan Negeri Terengganu, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat dan Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan. Keputusan keseluruhan bagi acara kejohanan badminton dan sepak takraw, Johan disandang oleh Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat dan Naib Johan dimenangi oleh Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara.

Kejohanan Badminton

badminton1

badminton2

Kejohanan Sepak Takraw

sepaktakraw1

sepaktakraw2