soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Ceramah Maulidur Rasul Dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Sukan PERSUKAT

Pada 23 Disember 2015 (Rabu), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan ceramah maulidur rasul 1437H/2015M bertempat di Dewan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Batu Enam. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Haji Ahmad Roslim bin Ja’afar, Imam Masjid Sultan Ismail Chendering, Kuala Terengganu. Selepas ceramah maulidur rasul, acara penyampaian hadiah kejohanan Sukan PERSUKAT telah diadakan. Hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Azmi Bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu. Juara keseluruhan kejohanan sukan PERSUKAT 2015 telah dimenangi oleh ibu pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

ceramahmaulidur1

ceramahmaulidur2

Penyampaian hadiah kejohanan Sukan PERSUKAT

hadiahpersukat2

hadiahpersukat1