Lawatan Kerja Pembalakan Dalam Air
Pada 6 Januari 2016 (Rabu), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan aktiviti “Lawatan Kerja Pembalakan Dalam Air” bertempat di Tasik Kenyir. Tujuan lawatan ialah untuk melihat teknik-teknik menjalankan pembalakan dalam air. Turut serta dalam lawatan ini ialah YBhg. Dato’ Haji Azmi Bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu dan pegawai kanan.