soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Program Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu 2016

Satu Program Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2016 telah diadakan di Kuala Baharu, Kampung Mangkok, Setiu pada 19 April 2016. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Jidin bin Shafee - Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan Kebudayaan Negeri Terengganu mewakili YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Bin Abd.Rahman, Menteri Besar Terengganu. Turut hadir dalam program ini ialah YBhg. Dato’ Haji Nor Akhirrudin bin Mahmud - Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar & Pembangunan), YBhg Dato’ Haji Azmi Nordin - Pengarah Perhutanan Negeri, YBhg. Dato’ Dr. Dionysius S.K. Sharma - Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif WWF Malaysia dan pegawai-pegawai kanan. Program ini juga melibatkan kerjasama dengan WWF, Kerajaan Negeri Terengganu, pelajar sekolah dan JKKK kampung berdekatan dan jabatan kerajaan. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah pertandingan perarakan “Walk and Plant for Healthy Wetlands”, penanaman pokok rhu, pertunjukkan pameran dan pelepasan tuntung laut oleh YB Dato’ Haji Mohd Jidin bin Shafee ke Laguna Setiu sempena perasmian Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu 2016.

Hari Hutan 2016-1

Hari Hutan 2016-2

Hari Hutan 2016-3

Hari Hutan 2016-4

Hari Hutan 2016-5

Hari Hutan 2016-6

Hari Hutan 2016-7

Hari Hutan 2016-8