1Akses
  • Bahasa Lain

greenbluered



Piagam Pelanggan JPNT

  1. Semua permohonan untuk mengeluarkan hasil hutan atau menjalankan kilang berasaskan kayu akan diproses mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
  2. Lesen untuk mengeluarkan hasil hutan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh kelulusan diberi setelah semua syarat-syarat kelulusan dipatuhi;
  3. Lesen untuk menjalankan kilang berasaskan kayu akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi satu (1) bulan dari tarikh siap kilang dibina setelah memenuhi semua syarat kelulusan.
  4. Keputusan mengenai permohonan melanjutkan tempoh lesen mengeluarkan hasil hutan atau lesen menjalankan kilang berasaskan kayu akan diberi dalam tempoh tidak melebihi satu (1) bulan dari tarikh permohonan diterima.
  5. Menghargai maklumat serta maklum balas yang diterima daripada orang awam. Semua aduan kesalahan hutan akan diambil tindakan dalam masa tidak melebihi tiga(3) hari; dan
  6. Memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin serta layanan yang mesra setiap masa.