Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Pokok Karas
Pada 9 Mei 2016 (Isnin), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan satu Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Pokok Karas di Pusat Penyelidikan Pokok Karas Merchang diantara Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dan Syarikat Rural Asset Development Sdn. Bhd. Majlis tersebut diadakan di Tingkat 8, Bilik Mesyuarat Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Sebanyak 221 pokok karas telah dipajakkan kepada Syarikat Rural Asset Development Sdn. Bhd di Blok E, Pusat Penyelidikan Karas Merchang.