Program Tanaman Pokok Bersama Pelatih Program Latihan Khidmat Negara 2.0 Kumpulan 1 Siri 13/2016
Pada 18 Mei 2016, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara telah mengadakan “Program Tanaman Pokok Bersama Pelatih Program Latihan Khidmat Negara 2.0 Kumpulan 1 Siri 13/2016” bertempat di Hutan Lipur Lata Belatan. Program ini telah bekerjasama dengan PLKN Saujana Jabi Impian. Seramai 212 pelatih PLKN yang terlibat dalam menjayakan program ini. Spesies pokok yang ditanam ialah pokok kelat paya atau nama saintifiknya Eugenia papillosa. Jumlah pokok yang telah ditanam ialah 1000 pokok.