Kursus Penandaan Pokok
Pada 31 Mei 2016 hingga 3 Jun 2016, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan “Kursus Penandaan Pokok”. Kursus tersebut telah diadakan di Pusat Latihan Perhutanan Chalok dan disertai oleh kakitangan pakaian seragam dan kakitangan KPKKT. Bagi latihan lapangan penandaan pokok telah diadakan di Kompt. 26 HS Telemong. Peserta kursus dapat mempelajari teknik penandaan pokok dan cara menggunakan tablet untuk Sistem Tanda Pokok.