Majlis Jamuan Perpisahan Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu
Pada 13 Julai 2016 (Rabu), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Jamuan Perpisahan Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu bertempat di Restoran Matahari, Kuala Terengganu. Majlis ini diadakan sempena pertukaran pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu iaitu YBhg. Dato’ Haji Azmi Bin Nordin. Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu akan bertukar pada 15 Julai 2016. Warga Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Haji Azmi Bin Nordin.