soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Kempen Kesedaran Aktiviti Penanaman Pokok 2016

Pada 10 Ogos 2016 (Rabu), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Kempen Kesedaran Aktiviti Penanaman Pokok di bawah Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara bertempat di kawasan pesisir pantai Kampung Pengkalan Maras, Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu. Aktiviti tersebut diadakan sempena Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai Perancangan Dan Pelaksanaan Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara (JTPP) Bil. 2/2016. Turut serta dalam aktiviti ini ialah YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Abd. Rahman Bin Haji Abd. Rahim (Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia), YBhg. Dato’ Haji Ahmad Fadzil Bin Abdul Majid (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu), ahli - ahli Mesyuarat JTPP, pegawai kanan, pelajar UMT dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

TanamanPantai2016-1 603x452

TanamanPantai2016-2 603x452

TanamanPantai2016-3 603x452

TanamanPantai2016-4 603x452

TanamanPantai2016-5 603x452