Penubuhan HCVF
PENUBUHAN KAWASAN "HIGH CONSERVATION VALUE FOREST" (HCVF) ATAU
KAWASAN HUTAN YANG MEMPUNYAI NILAI PEMELIHARAAN YANG TINGGI
Kawasan ini adalah merupakan :-
(a) Kawasan-kawasan hutan yang mengandungi penumpuan nilai-nilai kepelbagaian biologi yang tinggi (cth: bersifat endermik , spesis terancam, spesis dilindungi) pada peringkat global, serantau atau nasional; dan/atau hutan-hutan pada peringkat lanskap yang besar, di dalamnya mengandungi unit pengurusan, di mana kebanyakan atau semua populasi yang mampu hidup sendiri ditemui dalam bentuk semulajadi berdasarkan kepada penyebaran dan kuantitinya yang banyak;
(b) Kawasan-kawasan hutan yang mempunyai ekosistem-ekosistem yang jarang ditemui, terancam atau berada dalam keadaan bahaya;
(c) Kawasan-kawasan hutan yang menyediakan kemudahan-kemudahan asas semulajadi dalam situasi-situasi kritikal (cth: perlindungan kawasan tadahan air, kawasan hakisan);
(d) Kawasan-kawasan hutan yang membekalkan keperluan asas masyarakat-masyarakat tempatan ( cth: mata pencarian, kesihatan) dan/atau secara kritikal kepada identiti budaya masyarakat tempatan (kawasan-kawasan budaya, ekologi, mempunyai nilai ekonomi atau keagamaan yang dikenalpasti dengan bantuan masyarakat tempatan).
Oleh itu, beberapa kawasan telah dikenalpasti untuk dijadikan kawasan HCVF iatu:
Kawasan HCVF | Hutan Simpanan Kekal (HSK) | Daerah | Ciri-ciri Istimewa |
Chengal Besar | Pasir Raja | Terengganu Selatan | Telah dikenali sebagai Pokok Chengal terbesar di dunia dan merupakan kawasan tarikan pelancongan di Negeri Terengganu. |
Petak Keruing Sarawak | Jerangau | Terengganu Barat | Kawasan ini mengandungi spesis pokok Keruing Sarawak dan merupakan antara spesis endemik di Semenanjung Malaysia |
Petak Pokok Sal | Jerangau | Terengganu Barat | Kawasan ini mempunyai spesis unik yang perlu dilindungi |