1Akses
  • Bahasa Lain

greenbluered



Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Dan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2017

Pada 7 September 2017 (Khamis), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 Dan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 bertempat di Hutan Simpan Kuala Kemaman, Bakau Tinggi, Kemaman Terengganu. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar. Turut serta dalam program ini ialah YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, YB Ir. Rosli Bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri mewakili YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Bin Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu, YBhg. Dato'Hj. Nor Akhirrudin B. Mahmud, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Ahmad Fadzil Bin Abdul Majid, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, pegawai-pegawai kanan JPSM, pegawai kanan JPNT, JKKK dan mahasiswa IPT.Penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat untuk menyayangi khazanah hutan dan memelihara ekosistem hutan paya laut melalui program kemasyarakatan.Antara aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut adalah penanaman pokok, pelancaran Petak Konservasi Ex-Situ Pokok Berus Mata Buaya (Bruguiera hainesi), gerai pameran serta lawatan menyusuri Sungai Chukai, Kemaman dengan menaiki bot. Jawatankuasa penganjur dengan tulus ikhlas dan berbesar hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Jabatan dan Agensi serta individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis sambutan ini.

HariHutan1

HariHutan2

HariHutan3

HariHutan4

HariHutan5

HariHutan6

HariHutan7

HariHutan9