1Akses
  • Bahasa Lain

greenbluered



Makluman Hebahan Penggodaman Perisian CCleaner

Untuk makluman YBhg. Dato’/ Tuan/ Puan, perisian CCleaner merupakan salah satu perisian popular dikalangan pengguna komputer seluruh dunia, dimana ia sering digunakan untuk membuang fail-fail yang tidak digunakan pada komputer dengan pantas. Pada 18 September 2017, rangkaian komputer CCleaner telah digodam dan ini menyebabkan perisian tersebut terjejas. Versi yang terjejas buat masa ini adalah CCleaner 5.33.6162 dan juga CCleaner Cloud 1.07.3191. Kedua-dua versi yang terjejas adalah hanya untuk pengguna Windows, dan versi 32-bit sahaja. Sehubungan dengan itu, pengguna dinasihatkan agar mengemaskini perisian tersebut kepada versi terbaru untuk mengelakkan daripada menjadi magsa penggodam.