Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 Negeri Terengganu 2017
Pada 13 hingga 16 November 2017, pasukan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 telah menjalankan pemantauan pensijilan pengurusan kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 bagi Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Pasukan Audit Dalaman yang terlibat ialah En. Khirun Nizam Bin Abd. Rahim (Ketua Juruaudit Dalam), En. Azmi Bin Mohd Zin dan En. Lokman Bin Wan Abdullah.