soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu 2019

Pada 28 Mac 2019 (Khamis), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) dengan kerjasama Pejabat Daerah Setiu dan University College Bestari (UCB) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu 2019 bertempat di Dewan Terbuka Universiti College Bestari (UCB), Setiu. Program ini telah dirasmikan oleh Dr Azman Ibrahim, (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri) mewakili Y.A.B Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar (Menteri Besar Terengganu) yang tidak dapat hadir. Turut serta dalam program ini ialah YBrs. En. Mohd Rahim bin Rani (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu). Penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat untuk menyayangi khazanah hutan melalui program kemasyarakatan. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut adalah penanaman pokok dan pameran.

HariHHA1

HariHHA4

HariHHA5

HariHHA7

HariHHA13

HariHHA8