1Akses
  • Bahasa Lain

greenbluered

Program “Ihya Ramadhan” Dan Corporate Social Responsibility (CSR)

Pada 20 Mei 2019 (Isnin) Bersamaan 15 Ramadhan 1440 H, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) telah menganjurkan Program “Ihya Ramadhan”, CSR dan Perjumpaan Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu bersama warga kerja JPNT dan Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara bertempat di Dewan Besar JPNT. Turut serta dalam program ini ialah YBrs. En. Mohd Rahim bin Rani (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu), pegawai-pegawai kanan dan warga Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Aturcara program pada sesi pagi ialah gotong-royong menyediakan gulai kawah bertempat perkarangan Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara. Bagi aturcara program pada sesi petang ialah pengagihan gulai kawah dan anak pokok kepada orang awam dan masjid. Pada program tersebut, YBrs. Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu telah menyerahkan sumbangan Tabung Aman Palestin kepada Wakil Aman Palestin Negeri Terengganu serta penyerahan sumbangan raya kepada anak yatim. Penganjuran program ini dapat mengeratkan ukhwah dan semoga mendapat keberkatan serta kerahmatan Allah S.W.T jua.

majlisIhya19 1

majlisIhya19 3

majlisIhya19 2

majlisIhya19 5

majlisIhya19 7

Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE