soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Pengambilan Pelatih bagi Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan Sesi 2020-2022 dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2020-2021, Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN)

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Latihan Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon bagi mengikuti Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan Sesi 2020-2022 dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2020-2021. Syarat-syarat kelayakan permohonan dan maklumat berkaitan dengan kursus boleh didapati melalui kenyataan berikut:

•    Syarat-syarat tawaran dan maklumat Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan Sesi 2020-2022 dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2020-2021

Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Mac 2020 (Selasa). Borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan. Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada Bahagian Latihan Perhutanan selepas sebulan dari tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya.