MAKLUMAN PELANJUTAN TEMPOH NOTIS PENUTUPAN SEMUA HUTAN LIPUR, LALUAN PENDAKIAN DAN AKTIVITI-AKTIVITI
Adalah dimaklumkan bahawa semua kawasan hutan-hutan lipur, laluan pendakian dan aktiviti-aktiviti bagi tujuan rekreasi, trekking, pacuan empat roda dan sebagainya di dalam Hutan Simpanan Kekal di Negeri Terengganu adalah tidak dibenarkan dan dilanjutkan tempoh penutupannya kepada pengunjung awam bermula pada :
18 Mac 2020 sehingga
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ditamatkan
Hal ini adalah selaras dengan arahan Kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi membendung penularan COVID-19 di Malaysia.
ARAHAN
PENGARAH PERHUTANAN NEGERI
JABATAN PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU