1Akses
  • Bahasa Lain

greenbluered



Perutusan Pengarah Perhutanan Negeri

PPN JPNT-DATO'FADZIL 001 200x270

Assalamulaikum w.b.t dan Salam Satu Malaysia

Bersyukur kehadrat Illahi kerana JPNT dapat menyalurkan maklumat perhutanan melalui laman web ini. Ianya diharap dapat membantu pengguna mendapatkan maklumat berkaitan sektor perhutanan di negeri ini.

JPNT adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan membangunkan khazanah sumber hutan negeri. Justeru itu, adalah menjadi wawasan Jabatan untuk diiktiraf sebagai sebuah agensi terunggul dalam Pengurusan Hutan Tropika Secara Berkekalan (PHSB). Pada masa ini, terdapat 654,625 ha kawasan berhutan di Negeri Terengganu Darul Iman. Daripada keluasan ini seluas 544,118 ha telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK). Oleh yang demikian, adalah penting bagi Jabatan ini untuk beru saha mencapai wawasan tersebut dan memenuhi aspirasi negara di mana sektor perhutanan akan terus menjadi penyumbang utama kepada perindustrian dan pembangunan sosio-ekonomi negara. Ianya dapat dicapai melalui pengekalan keseimbangan ekologi dan memelihara kestabilan alam sekitar.

JPNT juga bertindak bagi menyediakan lesen pengeluaran kayu-kayan balak dan hasil hutan dalam kawasan HSK, tanah kerajaan dan tanah milik serta pelesenan dan pemantauan kilang-kilang Industri Berasaskan Kayu (IBK). Jabatan juga giat menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara 1984 dan Enakmen Industri Berasas Kayu 1986 khususnya dalam pencegahan pembalakan haram dan aktiviti pemprosesan kayu secara haram. Jabatan turut berperanan dalam sektor eko-pelancongan menerusi penubuhan dan penyelenggaraan 14 kawasan hutan lipur di seluruh Negeri Terengganu.

JPNT adalah komited dalam melaksanakan Pensijilan Pengurusan Hutan MC&I (Hutan Asli) dan prosedur kerja berdasarkan MS ISO 9001:2008 agar semua aktiviti dan proses kerja yang dilaksanakan adalah menepati standard kualiti yang ditetapkan.

Dalam usaha memantapkan Jabatan, penganugerahan Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) oleh Malaysian Productivity Coorporation (MPC) telah berjaya diperolehi. Program ini dilaksanakan berteraskan pengurusan sumber-sumber dalaman yang terhad dan optima. Penumpuan adalah diberikan kepada bahagian maklumat, rekod dan fail serta perkhidmatan pelanggan yang diperlukan dapat disediakan dengan segera, cepat dan tepat. Ianya diharap dapat memupuk semangat bekerjasama warga Jabatan, membentuk budaya kerja yang produktif dan berkesan berasaskan budaya 'kaizen'. Adalah diharapkan Amalan 5S dipraktikkan dalam amalan kerja seharian.

Harapan agar apa yang dipaparkan di laman web ini akan memberi gambaran tentang peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

Sekian, terima kasih.

DATO' AHMAD FADZIL BIN ABDUL MAJID

Pengarah Perhutanan Negeri,

TERENGGANU.