faqengJPNT | contactusJPNT| complaintsformJPNT| sitemapJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered

´╗┐

MAKLUMAN NOTIS PEMBUKAAN TAMAN EKO RIMBA DAN NOTIS PEMBUKAAN LALUAN PENDAKIAN GUNUNG

NOTIS PEMBUKAAN TAMAN EKO-RIMBA

Adalah dimaklumkan berkuatkuasa pada 15 JUN 2020, LIMA (5) TAMAN EKO-RIMBA di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu akan DIBUKA KEPADA ORANG AWAM iaitu:
    
1. Taman Eko-Rimba Lata Belatan
2. Taman Eko-Rimba Lata Tembakah
3. Taman Eko-Rimba Chemerong
4. Taman Eko-Rimba Sekayu
5. Taman Eko-Rimba Bandar Bukit Bauk
    (terhad kepada laluan bertar untuk aktiviti berjoging sahaja)
 
Orang awam adalah tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Pihak jabatan boleh/ akan menutup Taman Eko-Rimba sekiranya didapati tiada kepatuhan kepada SOP.

ARAHAN
PENGARAH PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU

NOTIS PEMBUKAAN LALUAN PENDAKIAN GUNUNG

Adalah dimaklumkan berkuatkuasa pada 01 Julai 2020, aktiviti PENDAKIAN GUNUNG DI KAWASAN HUTAN SIMPANAN KEKAL di Negeri Terengganu adalah dibenarkan secara HARIAN SAHAJA dengan satu KUMPULAN PENDAKI TIDAK MELEBIHI LIMA (5) ORANG dan disyaratkan untuk menggunakan perkhidmatan Pemandu Alam Semula Jadi (NATURE GUIDE)/ MALIM GUNUNG yang berkelayakan atau yang berdaftar dengan jabatan.

PERMOHONAN PERMIT MEMASUKI HUTAN SIMPANAN KEKAL bagi tujuan PENDAKIAN GUNUNG di Negeri Terengganu adalah disyaratkan DUA (2) MINGGU SEBELUM TARIKH PENDAKIAN.
 
Pendaki adalah tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Pihak jabatan boleh/ akan menutup laluan pendakian gunung sekiranya didapati tiada kepatuhan kepada SOP.

ARAHAN
PENGARAH PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU

Perhatian :

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), sila klik SOP PEMBUKAAN TAMAN EKO-RIMBA DAN HUTAN TAMAN NEGERI JABATAN PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU BERKUATKUASA 15 JUN 2020