soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered

´╗┐

MAKLUMAN KURSUS MALIM GUNUNG PERHUTANAN

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) memperkenalkan Kursus Malim Gunung Perhutanan di Negeri-negeri Semenanjung bagi membangunkan Model Pengurusan Kawasan Pendakian di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Ini berikutan terdapat berlakunya insiden kemalangan yang dilaporkan di Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri seperti kecederaan semasa menjalankan aktiviti pendakian dan laporan orang hilang, sesat atau tersasar daripada laluan denai pendakian. Maka, modul kursus ini sangat sesuai dibangunkan bagi menangani kes-kes tersebut yang akan bermula pada tahun 2021.

Selain itu, ia juga merupakan usaha JPSM untuk mendaftar setiap Malim Gunung yang terdiri daripada penduduk tempatan secara sah mengikut landasan undang-undang dan Akta Perhutanan Negara 1984 bagi melaksanakan aktiviti pendakian gunung dalam HSK di bawah JPSM.

Bagi yang berminat dan mempunyai keinginan untuk menjadi salah seorang Malim Gunung Perhutanan yang bertauliah, perkara seperti berikut perlu dipenuhi:

1. Permohonan untuk menjadi Malim Gunung Perhutanan perlu melalui permohonan surat rasmi berserta profail diri dan pengalaman kepada Pengarah Perhutanan Negeri: https://www.forestry.gov.my/my/organisasi/jabatan-perhutanan-negeri di Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) berkaitan;
2. Setiap permohonan Malim Gunung Perhutanan dibenarkan untuk memilih berdaftar di sebuah Negeri sahaja;
3. Permohonan yang telah di senarai pendek oleh JPN serta memenuhi kriteria berdasarkan keperluan di setiap Negeri; dan
4. Menghadiri latihan dan kursus yang akan dilaksanakan di Negeri-negeri berkaitan.

Maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Forest Eco-Park & Hutan Taman Negeri di talian 03-26164488.

 

Kriteria asas Malim Gunung Perhutanan (MGP)

1. Berusia tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun. Jika lebih 60 tahun perlu perakuan kesihatan.

2. Keutamaan anak negeri atau bermastautin di negeri tidak kurang 5 tahun.

3. Pemohon hanya layak memohon dan beroperasi di satu negeri sahaja.

4. Berkemahiran membaca dan menulis.

5. Mempunyai pengalaman sebagai Malim atau Guide

6. Agensi pelancongan jika memohon dicadangkan hanya layak hantar satu penyertaan sahaja

7 Keriteria tambahan ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri (JPN).

8. Keputusan memilih dan menyenarai pendek merupakan hak mutlak Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) berdasarkan kriteria yang Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) tetapkan.