soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered

´╗┐

PEMBERITAHUAN PENUTUPAN KAWASAN TAMAN EKO-RIMBA, LALUAN PENDAKIAN DAN AKTIVITI REKREASI DI DALAM HUTAN SIMPANAN KEKAL DI BAWAH PENTADBIRAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU

Adalah dimaklumkan bahawa semua kawasan taman eko-rimba, laluan pendakian dan aktiviti-aktiviti bagi tujuan rekreasi termasuk trekking, pacuan empat roda dan sebagainya di dalam Hutan Simpanan Kekal di Negeri Terengganu akan ditutup kepada pengunjung awam mulai :

1 November 2020 Sehingga 28 Februari 2021

Hal ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku ekoran musim tengkujuh dan risiko kepala air yang boleh membahayakan keselamatan pengunjung. Mana-mana individu yang melanggar arahan ini boleh disabitkan kesalahan dibawah Enakmen Perhutanan Negara (Penerimaan-pakai) 1986.

ARAHAN
PENGARAH PERHUTANAN NEGERI
JABATAN PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU