faqengJPNT | contactusJPNT| complaintsformJPNT| sitemapJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA TAHUN 2021 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2021 Peringkat Negeri Terengganu telah berjaya diadakan pada 21 Mac 2021 bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman. Program ini adalah anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2021 Peringkat Negeri Terengganu telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, manakala bagi sambutan Hari Hutan Antarabangsa yang diadakan di Taman Botani Kepong, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bersekali dengan Majlis Pelancaran Dasar Perhutanan Malaysia telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri Malaysia secara atas talian.

Sambutan Hari Hutan Antrabangsa merupakan program tahunan dimana pengisytiharan Hari Perhutanan Sedunia telah dipersetujui oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-bangsa Bersatu (FOA) pada 21 Mac 1972 dan disambut oleh 20 buah Negara di seluruh dunia dalam usaha untuk menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan perhutanan, pemeliharaan dan pemuliharaannya untuk kesejahteraan dan kestabilan alam sekitar. 21 Mac ini dipilih kerana tarikh tersebut merupakan hari pertama bermulanya musim bunga di Hemisfera Utara. Pokok-pokok mula bertunas semula dan menghijau setelah melalui tempoh dorman sepanjang musim sejuk.

Bermula pada tahun 2013, Hari Perhutanan Sedunia dikenali sebagai Hari Hutan Antarabangsa (International Day of Forests). Perubahan nama ini adalah selaras dengan resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations General Assembly) pada bulan November 2012. Malaysia telah menyambut Hari Hutan Antarabangsa yang pertama pada tahun 2013 di Negeri Pahang Darul Makmur.

sambutanHariHutan2021 2 600x400

sambutanHariHutan2021 3 600x400

sambutanHariHutan2021 4 600x400

sambutanHariHutan2021 6 600x400

sambutanHariHutan2021 7 600x400