1Akses
  • Bahasa Lain

greenbluered



Ladang Hutan Karas

Pemandangan  Ladang Karas di Hutan Simpan Merchang, Terengganu.  

Gaharu berasal dari perkataan sanskrit iaitu 'agaru' yang bermaksud kayu berat(tenggelam) pokok ini mengeluarkan damar atau resin yang mempunyai aroma yang sangat harum apabila dibakar. Gaharu dikenali dengan lebih dari 20 nama seperti agaru, aloewood, agar wood, eagle wood, chen xiang, oud dan lain-lain. Tetapi lebih dikenali dipasaran adalah agarwood, aloewood atau eagle wood. Di negara-negara Asian terdapat lebih kurang 15 spesis gaharu yang dikenali, tetapi yang paling popular berkaitan dengan gaharu adalah spesis Aquilaria malaccensis, daripada famili Thymeleaceae.

Pada tahun 2005, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengambil inisiatif untuk menerokai satu bidang kekayaan baru dengan menubuhkan Ladang Karas di Hutan Simpan Merchang dengan keluasan 47 hektar dan telah ditanam dengan 40,000 pokok karas. Projek perintis ini diharap akan menjadi satu sumber ba ru untuk menjana pendapatan hasil negeri disamping menjadi satu projek contoh di Semenanjung Malaysia.

Satu Pusat Penyelidikan Karas juga telah ditubuhkan bertujuan untuk membuat kajian:-

•Kajian menghasilkan  teknik Inokulen dan Penyulingan

•K ajian lanjut tentang jenis-jenis penyakit dan rawatan

•Kajian lanjut tentang kesesuaian tanah dan jenis pembajaan.

•Kajian untuk menghapuskan A.MANGIUM

•Kajian tentang pulangan masa depan(IRR)

 

'Teh Karas' Produk keluaran Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

Disamping itu juga, jabatan ini telah berjaya mengeluarkan satu produk minuman kesihatan berasaskan herba dengan mengunakan daun pokok karas, teja sarsi dan tebu gajah.


Sebarang pertanyaan mengenai Ladang Karas dan Teh Karas, sila hubungi :
 
 
Penolong Pegawai (Ladang Hutan) - En. Mohd Fauzi Awang Mat
Penolong Pengarah Kanan (Pembangunan) - En. Nor Lokman Bin Muhamad Nor @ Fakru
 
 di Talian : 09 - 6274153 (waktu pejabat)