faqengJPNT | contactusJPNT| complaintsformJPNT| sitemapJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Pematuhan Kriteria dan Petunjuk Malaysia

{gspeech style=1 language=ms}

Perdagangan kayu-kayan antarabangsa mempengaruhi pengurusan hutan di Malaysia.  Perundingan Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 28-30 Oktober 2002 yang terdiri daripada 113 peserta yang mewakili semua pihak berkepentingan di Kuala Lumpur, MC&I(2002) telah dimuktamadkan dan diterima sebagai standard untuk pensijilan pengurusan hutan dengan syarat bahawa perbincangan dan penjelasan dengan beberapa pihak berkepentigan dibuat terhadap Verifier-verifier tertentu. Perundingan Peringkat Kebangsaan ini juga bersetuju supaya MC&I(2002) diuji di tiga (3) rantau di Malaysia. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Nasional (NSC) yang Keenam yang diadakan pada 12 Jun 2003 telah bersetuju untuk menjalankan ujian MC&I(2002) di lapangan.

MC&I(2002) terdiri daripada Kriteria-kriteria dan dua lajur iaitu dengan lajur pertama mengandungi Petunjuk yang tersenarai di bawah Prinsip FSC. Lajur kedua menunjukkan Verifier yang diterimapakai untuk setiap Kriteria. Dalam kes tertentu, Verifier yang berbeza diterimapakai dan disenarai secara berasingan untuk Negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia untuk mengambilkira perbezaan-perbezaan di peringkat rantau. Untuk menjamin ke arah pencapaian ITTO, tahap amalan pengurusan hutan secara berkekalan telah digubal berdasarkan kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak ITTO iaitu, Criteria for the Measurement of the Sustainable Tro pical Forest Management. Garis panduan ini menetapkan 9 Prinsip 47 Kriteria dan 96 Petunjuk yang perlu dipatuhi untuk menilai tahap amalan pengurusan hutan secara berkekalan.

Dalam Rancangan Pengurusan Hutan ini, langkah-langkah berikut akan diberi penekanan bagi mencapai matlamat pengurusan hutan secara berkekalan: 

  1. Semua H SK akan diurus berdasarkan kepada prinsip pengurusan hutan secara berkekalan untuk memaksimumkan faedah sosioekonomi dan kestabilan alam sekitar. Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan hutan serta pengawasan yang rapi dan berkesan terhadap kawasan hutan akan dijalankan secara sistematik dan berterusan.
  2. Hutan Simpanan Kekal akan diusahasil berdasarkan kepada keupayaan semula jadi hutan, penggunaannya yang optimum dan penggunaan tanah hutan yang komprehensif bagi mencapai tahap pengurusan hutan secara berkekalan.
  3. Pengeluaran kayu balak akan dikawal berdasarkan kepada keseimbangan permintaan dan penawaran serta memaksimumkan penggunaan bahan kayu. Rejim pengurusan hutan yang terbaik akan diamalkan ke atas semua kawasan hutan produktif dalam HSK yang di rumuskan melalui maklumat yang tepat melalui pengurusan hutan dan kajian operasi yang bersepadu, sistematik dan praktikal.
  4. Semua kawasan hutan produktif dalam HSK akan diurus secara Sistem Pengurusan Memilih.
  5. Pengurusan hutan akan mengambilkira keperluan pemeliharaan flora dan fauna serta pertimbangan ke atas kestabilan alam sekitar dan ekosistem.
  6. Pengusahasilan hutan dan pembangunan infrastruktur hutan dalam HSK akan diselaras dan dikawalselia berdasarkan kepada peraturan dan garispanduan yang ditetapkan untuk mengurangkan kerosakan terhadap dirian tinggal, anak benih serta mengawal kualiti alam sekitar dan keseimbangan ekologi.
  7. r
  8. Teknik dan kaedah pembalakan yang sesuai dengan keadaan rupabumi kawasan seperti kaedah pembalakan impak rendah (reduced impact logging) akan diamalkan.
  9. Meningkatkan pelaksanaan operasi hutan berdasarkan kepada perkembangan teknologi bagi mengurangkan kos, meningkatkan keselamatan dan meminimumkan kerosakan ke atas alam sekitar.
{/gspeech}