faqengJPNT | contactusJPNT| complaintsformJPNT| sitemapJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Pengumuman

Penukaran Kata Laluan E-mel Rasmi Jabatan (@forestry.gov.my)

Adalah dimaklumkan, terdapat beberapa akaun e-mel pengguna JPSM telah dikesan diserang malicious software (malware)/spammers dan ini telah mengganggu operasi e-mel pengguna tersebut. Faktor utama perkara ini berlaku disebabkan :

i.Pengguna menggunakan kata laluan yang mudah diteka dan ringkas

ii.Pengguna telah klik pada pautan (url) yang terdapat pada e-mel yang diragui (untrusted sender). Perkara ini telah menyebabkan akaun pengguna tersebut dijadikan spam centre untuk menghantar e-mel spam (e-mail spoofing) kepada akaun pengguna lain termasuk forestry, gmail, yahoo dan lain-lain.

iii.Sekiranya e-mail spoofing berlaku, kebanyakan e-mail provider seperti gmail atau yahoo akan membuat sekatan sementara kepada e-mel Jabatan (@forestry.gov.my) bagi mengelakkan lebih banyak e-mel spam dihantar kepada pengguna e-mel mereka. Ini akan mengganggu komunikasi e-mel Jabatan dengan pengguna e-mel tersebut.

iv.Sehubungan itu, sebagai salah satu langkah keselamatan e-mel JPSM, Tuan / Puan adalah dimohon untuk membuat penukaran kata laluan(password) e-mel (@forestry.gov.my) masing-masing.

v.Bagi pengguna Microsoft Outlook,Tuan / Puan juga perlu membuat penukaran kata laluan di webmail JPSM dan setelah Tuan / Puan membuka program Microsoft Outlook satu pop-up window akan dipaparkan bagi memasukkan kata laluan yang telah ditukar.

vi.Kata laluan yang ditukar hendaklah mengikut best practice kata laluan iaitu mempunyai saiz sekurang-kurangnya lapan (8) aksara dengan gabungan alphanumerik dan simbol khas. Contoh kata laluan yang baik adalah seperti "j2yU!pa".

Tuan / Puan mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, mohon untuk rujuk dengan pegawai-pegawai di Bahagian Pengurusan Maklumat, Cik Mutia Anggerek Jusoh (anggerek@forestry.gov.my) atau Pn. Noriswani Za'aldin (noris@forestry.gov.my).

 

Notis Pemberitahuan Penangguhan Kadar Fee Lesen,Mesin Dan Jaminan Lesen (Deposit) Hingga 1 Jun 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Lembaga Mengambil Hasil Hutan BIL.1/2014 pada 19 Disember 2014 telah bersetuju untuk menangguhkan kenaikan kadar Fee Lesen, Mesin dan Jaminan Lesen (Deposit) sehingga 1 Jun 2015. Walaubagaimana pun, Fee pelbagai yang lain akan berkuatkuasa serta merta.

Sehubungan dengan itu, sila Tuan mengambil langkah-langkah awal bagi menghadapi kenaikan kadar Fee Lesen, Mesin Dan Jaminan Lesen (Deposit) tersebut.

 

Arahan

Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu

Tarikh : 21 Disember 2014

Notis Pemberitahuan Kenaikan Kadar Royalti 1 Januari 2015

Pelanggan Yang Dihormati

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) BIL. Ke-35/2013 pada 27 Disember 2013 melalui surat UPEN.TR.100/03/03-(4) telah bersetuju meluluskan kenaikan kadar royalti dan fee pelbagai ke atas pengeluaran hasil utama hutan di Negeri Terengganu.

Melalui Mesyuarat Lembaga Mengambil Hasil Hutan Bil. 1/2014 pada 19 Disember 2014, kenaikan kadar royalti ini akan berkuatkuasa serta merta pada 1 Januari 2015.

Arahan

Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu

Tarikh : 21 Disember 2014

Pengumuman Pindaan Tarikh Tutup Sebutharga Bagi Perkhidmatan Mencuci Dan Membersih Dan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Kawasan Di Hutan Lipur Negeri Terengganu

Pengumuman Pindaan Tarikh Tutup Sebutharga PHNT/HL/4/2015, PHNT/HL/5/2015 Bagi Perkhidmatan Mencuci Dan Membersih Dan PHNT/HL/9/2015 Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Kawasan Di Hutan Lipur Negeri Terengganu

 

 

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh tutup bagi sebutharga PHNT/HL/4/2015, PHNT/HL/5/2015 dan PHNT/HL/9/2015 telah dipinda ke tarikh 30 November 2014 (Ahad) Sebelum jam 12.00 tengahari.

 

Sekian Terima Kasih.

 

PENGARAH PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU

 

Pengumuman Sebutharga Bagi Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Hutan Lipur Negeri Terengganu

SEBUTHARGA PHNT/HL/6/2015, PHNT/HL/7/2015, PHNT/HL/8/2015, PHNT/HL/9/2015 BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA DI HUTAN LIPUR NEGERI TERENGGANU

JABATAN PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU

 

KENYATAAN SEBUTHARGA

 

 

  1. 1.Sebutharga adalah dipelawa daripada Syarikat Bumiputera / Kontraktor Bumiputra yang telah berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu DAN Kementerian Kewangan Malaysia DAN Kementerian Dalam Negeri di bawah Kepala dan Sub-Kepala bidang yang berkaitan dengan pendaftaran masih sah laku tempohnya.

 

NOMBOR SEBUT

HARGA

PERKARA

KOD BIDANG

TARIKH LAWATAN TAPAK

TARIKH

TUTUP

 

PHNT/HL/6/2015

 

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Hutan Lipur Sekayu

 

Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Malaysia Di Bawah Bidang 220801

 

 

18/11/2014

 

Pukul 2.00 petang di Hutan Lipur Sekayu

 

 

26/11/2014

Sebelum Jam 12.00 Tengahari. (Dokumen Yang Dihantar Lewat Tidak Akan Dilayan)

 

 

PHNT/HL/7/2015

 

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Hutan Lipur   Lata Belatan

 

 

 

 

 

 

Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Malaysia Di Bawah Bidang 220801

 

 

 

 

 

 

 

 

 

19/11/2014

 

Pukul 2.00 petang di Hutan Lipur Lata Belatan

 

 

 

 

 

 

27/11/2014

Sebelum Jam 12.00 Tengahari. (Dokumen Yang Dihantar Lewat Tidak Akan Dilayan)

 

PHNT/HL/8/2015

 

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Hutan Lata Tembakah

 

 

PHNT/HL/9/2015

 

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Hutan Lipur Chemerong

 

Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Malaysia Di Bawah Bidang 220801

 

 

20/11/2014

 

Pukul 2.00 petang di Hutan Lipur

Chemerong

 

28/11/2014

Sebelum Jam 12.00 Tengahari. (Dokumen Yang Dihantar Lewat Tidak Akan Dilayan)

 

2.Maklumat iklan sebutharga berkenaan boleh didapati melalui laman web Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu seperti berikut: http://trgforestry.terengganu.gov.my/ dan klik di ruangan menu tender/sebutharga.

 

  1. 3.Dokumen sebutharga bernilai RM 50.00 hanya akan dijual kepada Syarikat Bumiputera / kontraktor yang hadir ke lawatan tapak sahaja. Pembelian dokumen menggunakan wang pos semasa atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu.

 

  1. 4.Dokumen sebutharga hanya akan dijual kepada kontraktor atau wakil yang hadir taklimat. Wakil kontraktor hendaklah mengemukakan surat lantikan wakil yang asal semasa hadir ke taklimat.

 

  1. 5.Syarikat Bumiputera / Kontraktor yang hadir dikehendaki untuk membawa salinan asal dan fotostat Surat Akuan Pendaftaran Kontraktor oleh Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan sijil-sijil yang berkaitan.

 

  1. 6.Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermetri dan ditulis bilangan Sebutharga serta tajuk Sebutharga di bahagian atas sebelah kiri, dihantar atau diposkan berdaftar dan sampai ke alamat berikut:-

 

 

PETI SEBUTHARGA

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

Tingkat 8, Wisma Negeri,

20200 Kuala Terengganu

 

 

  1. 7.Kerajaan tidak terikat dengan mana-mana sebut harga yang paling rendah atau mana-mana sebut harga.

 

  1. 8.Tarikh iklan: 05 November 2014

 

 

 

 

 

 

PENGARAH PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU