1Akses
  • Bahasa Lain

greenbluered



Pengumuman

Makluman Alamat Emel Rasmi Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa pentadbiran Unit Pengurusan Maklumat Negeri (UPMN) telah mewujudkan alamat emel baharu bagi ibu pejabat dan pejabat daerah sebagaimana berikut :

NAMA

ALAMAT EMEL LAMA

ALAMAT EMEL BARU

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

phnt@forestry.terengganu.gov.my

phnt@terengganu.gov.my

Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara

phdtu@forestry.terengganu.gov.my

phdtu@terengganu.gov.my

Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat

phdtb@forestry.terengganu.gov.my

phdtb@terengganu.gov.my

Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan

phdts@forestry.terengganu.gov.my

phdts@terengganu.gov.my

Bermula bulan Oktober 2015, Tuan/Puan hendaklah menggunakan alamat emel rasmi baharu bagi sebarang penghantaran maklumat dan urusan. Alamat emel lama akan ditutup pada 1 Januari 2016. Tujuan pelaksanaan ini adalah untuk menyelaraskan akaun-akaun emel Kerajaan Negeri Terengganu disamping memudahkan pengurusan perkhidmatan sistem emel.

Aplikasi Mobile E-MEL – MYMAIL

Pengguna android dan iOS boleh memuatturun satu mobile apps iaitu myMail untuk capaian e-mel JPSM (@forestry.gov.my) melalui smart phone ataupun tablet. Aplikasi myMail berkebolehan untuk read, reply, forward dan download attachments sebagaimana fungsi Microsoft Outlook dan Webmail JPSM.

Untuk makluman, selepas pengguna sign in kepada aplikasi ini, proses muat turun e-mel daripada server ke myMail akan mengambil masa 1 – 2 hari bergantung kepada jumlah e-mel yang terdapat dalam akaun Tuan / Puan.

Aplikasi Mobile MYHRMIS Cuti Dan SMS Cuti HRMIS

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membangunkan aplikasi mobile MyHRMIS Cuti untuk kemudahan dan kegunaan penjawat awam. Aplikasi MyHRMIS Cuti dibangunkan untuk pengguna Android dan boleh dimuat turun daripada Play Store dengan membuat carian katanama ‘MyHRMIS’. Semua pengguna adalah dipohon agar mengemaskini aplikasi MyHRMIS Cuti kepada versi 1.1.5 melalui Play Store tersebut. Selain itu, pihak JPA jugak telah mewujudkan perkhidmatan SMS Cuti HRMIS untuk semakan baki cuti rehat, GCR, status cuti dan permohonan cuti rehat melalui perkhidmatan mySMS 15888.

Contoh Semakan Cuti HRMIS : JPA HRMISBKCT [No.KP]

Manual pengguna tatacara penggunaan MyHRMIS Cuti dan SMS Cuti HRMIS boleh dimuatturun di Portal Rasmi HRMIS (http://www.eghrmis.gov.my/)

Notis Pemberitahuan Denda Lewat Menjelaskan Bayaran Premium

Pelanggan Yang Dihormati

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu telah meluluskan kenaikan fee pelbagai ke atas pengeluaran hasil utama hutan di Negeri Terengganu berkuatkuasa mulai 1 Jun 2014. Mengikut kadar baru yang berkuatkuasa, kegagalan menjelaskan bayaran premium dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh surat bayaran premium dikeluarkan akan dikenakan denda 50% daripada deposit lesen. Sila tuan-tuan maklum mengenai perkara ini bagi mengelakan dikenakan dikenakan denda.

Arahan

Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu

Tarikh : 1 Januari 2015