1Akses
  • Bahasa Lain

greenbluered



Pengumuman

Notis Pemberitahuan Penangguhan Kenaikan Kadar Royalti Hasil Hutan

PELANGGAN YANG DIHORMATI,

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA KERAJAAN NEGERI TELAH BERSETUJU  UNTUK MENANGGUHKAN KENAIKAN KADAR ROYALTI KE ATAS HASIL HUTAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2014.

KENAIKAN KADAR ROYALTI INI AKAN BERKUATKUASA MULAI 1 JANUARI 2015.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SILA TUAN MENGAMBIL LANGKAH YANG PERLU BAGI MENGHADAPI KENAIKAN KADAR ROYALTI TERSEBUT.


ARAHAN
PENGARAH PERHUTANAN NEGERI
TERENGGANU

TARIKH    : 25 MEI 2014

Isu Keselamatan E-mail JPSM

Kepada semua Pengguna E-mel @forestry.gov.my,


Isu Keselamatan E-mel di JPSM

Adalah dimaklumkan, didapati terdapat beberapa akaun e-mel pengguna JPSM telah dikesan diserang virus dan telah mengganggu operasi e-mel pengguna tersebut. Faktor utama perkara ini berlaku disebabkan oleh pengguna telah membuka dan reply kepada e-mel yang diragui serta klik pada pautan (url) yang terdapat pada e-mel tersebut. Dimaklumkan juga, penerimaan e-mel-e-mel tersebut tidak diklasifikasikan sebagai ‘berisiko’ oleh server e-mel JPSM disebabkan e-mel tersebut hanya akan mengaktifkan malicious code/virus setelah pengguna membuka, reply dan klik pada pautan (url) yang terdapat dalam e-mel tersebut.

Sehubungan itu, semua pengguna e-mel perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi maklumat melalui e-mel kerana berkemungkinan besar e-mel-e-mel tersebut (ataupun pautan (url) dalam e-mel) mengandungi malicious code / malware seperti virus, trojan horse, worms dan sebagainya. Pengguna e-mel seharusnya :-

i.   TIDAK membuka e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui atau diragui kerana e-mel tersebut merupakan  emel spam yang dihantar secara rawak dan disarankan untuk terus menghapuskan (delete) e-mel tersebut.

ii.  TIDAK klik pada pautan (url) yang terdapat dalam e-mel yang tidak berkaitan dan

iii. TIDAK reply kepada e-mel seperti yang dinyatakan di atas

Pengguna e-mel yang tidak mematuhi saranan ini akan mengalami gangguan capaian e-mel dan merosakkan keseluruhan operasi penerimaan dan penghantaran e-mel.

Sekiranya menerima sebarang e-mel yang mencurigakan, mohon untuk merujuk dengan pegawai-pegawai IT di Bahagian Pengurusan Maklumat terlebih dahulu sebelum memberi sebarang maklum balas
kepada e-mel tersebut.

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2014

hha

Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2014 akan diadakan pada 21 Mac 2014 (Jumaat) jam 9.00 pagi bertempat di Pusat Pendidikan Pelancongan Pengurusan Hutan Tropika, Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan tema “Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat” dan akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Notis Pemberitahuan-Kadar Premium

PELANGGAN YANG DIHORMATI,

Berdasarkan kepada Seksyen 63 Akta Perhutanan Negara 1984

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA BAGI LESEN YANG TELAH TAMAT TEMPOH 1 TAHUN 6 BULAN, 100% PREMIUM AKAN DIKENAKAN KEPADA BAKI KAWASAN YANG BELUM DIKERJAKAN MANAKALA BAGI KAWASAN GANTIAN PREMIUM (3+1) BAYARAN PREMIUM RM3,700.00/HA BAGI BAKI KAWASAN DIKENAKAN.

KADAR INI AKAN BERKUATKUASA MULAI 1 MAC 2014

                                                                                                                                ARAHAN

PENGARAH PERHUTANAN NEGERI

TERENGGANU

                                                                                                                 TARIKH       : 06 MAC 2014