soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered

Makluman Mesyuarat Pembukaan dan Penutup Pelaksanaan Malaysian Timber Legality Assuranse System Audit (MYTLAS) Tahun 2020

Sukacita dimaklumkan Audit MyTLAS akan diadakan pada 28 – 30 September 2020. Tujuan audit ini adalah untuk memastikan semua sumber kayu dan produk kayu yang dihasilkan di Semenanjung Malaysia mengikut prinsip yang telah ditetapkan di bawah standard MyTLAS (Peninsular Malaysia). Sehubungan dengan itu, mesyuarat pembukaan dan penutupan pelaksanaan audit tersebut diadakan seperti berikut :

Pembukaan

Tarikh  : 28 September 2020 (Isnin)

Masa   : 10.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat, Tingkat 8 Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

Penutup

Tarikh : 30 September 2020 (Rabu)

Masa  : 11.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat, Tingkat 8 Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

NOTIS PEMBUKAAN LALUAN PENDAKIAN GUNUNG (BERMALAM)

Adalah dimaklumkan berkuatkuasa pada 01 September 2020, aktiviti PENDAKIAN GUNUNG DI KAWASAN HUTAN SIMPANAN KEKAL di Negeri Terengganu yang melibatkan aktiviti bermalam adalah dibenarkan dengan satu KUMPULAN PENDAKI TIDAK MELEBIHI LIMA (5) ORANG dan disyaratkan untuk menggunakan perkhidmatan Pemandu Alam Semula Jadi (NATURE GUIDE)/ MALIM GUNUNG yang berkelayakan atau yang berdaftar dengan jabatan.

PERMOHONAN PERMIT MEMASUKI HUTAN SIMPANAN KEKAL bagi tujuan PENDAKIAN GUNUNG di Negeri Terengganu adalah disyaratkan DUA (2) MINGGU SEBELUM TARIKH PENDAKIAN.
 
Pendaki adalah tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Pihak jabatan boleh/ akan menutup laluan pendakian gunung sekiranya didapati tiada kepatuhan kepada SOP.

ARAHAN
PENGARAH PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia akan mengadakan Lawatan Kerja ke Negeri Terengganu pada 22 – 24 Ogos 2020 ini. Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk meneliti dan melihat aktiviti pengurusan hutan yang diamalkan di Negeri Terengganu.

Bersempena dengan lawatan kerja tersebut, pejabat ini telah merancang untuk menjemput Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia selaku Tetamu Kehormat bagi dua (2) acara iaitu Majlis Perasmian Pejabat Hutan Renj Durian Mas dan Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu Tahun 2019 & Penyampaian Sijil Persaraan kepada para Pesara Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu Tahun 2020. 

lawatankerjaDatoKPSM 23082020 900x375

perasmianPjbtRenjDurianMas 900x375

bannerAPC Persaraan2020 900x375

Mohon Pengumpulan Data Rakyat Terengganu Yang Berminat Mengikuti Kursus Sijil Perhutanan

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu sedang mengumpulkan data bagi rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan dan berminat untuk mengikuti Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan di Institusi Latihan Perhutanan (FORTRAIN). Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kelayakan kursus tersebut, boleh menghubungi Bahagian Latihan Perhutanan atau FORTRAIN di talian telefon 03-6277 0856/ 03-6277 0847/ 03-6277 8741/ 03-6274 0572. Bagi tujuan pengumpulan data juga, Tuan/Puan boleh menghantar maklumat diri seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat terkini, No. telefon dan juga pekerjaan semasa/ sebelumnya ke email : phnt@terengganu.gov.my atau berhubung terus dengan Puan Sakinah@Saadah Binti Endut, Bahagian Pentadbiran : 09-6274120

Sekian, Terima Kasih.

MAKLUMAN NOTIS PEMBUKAAN TAMAN EKO RIMBA DAN NOTIS PEMBUKAAN LALUAN PENDAKIAN GUNUNG

NOTIS PEMBUKAAN TAMAN EKO-RIMBA

Adalah dimaklumkan berkuatkuasa pada 15 JUN 2020, LIMA (5) TAMAN EKO-RIMBA di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu akan DIBUKA KEPADA ORANG AWAM iaitu:
    
1. Taman Eko-Rimba Lata Belatan
2. Taman Eko-Rimba Lata Tembakah
3. Taman Eko-Rimba Chemerong
4. Taman Eko-Rimba Sekayu
5. Taman Eko-Rimba Bandar Bukit Bauk
    (terhad kepada laluan bertar untuk aktiviti berjoging sahaja)
 
Orang awam adalah tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Pihak jabatan boleh/ akan menutup Taman Eko-Rimba sekiranya didapati tiada kepatuhan kepada SOP.

ARAHAN
PENGARAH PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU

NOTIS PEMBUKAAN LALUAN PENDAKIAN GUNUNG

Adalah dimaklumkan berkuatkuasa pada 01 Julai 2020, aktiviti PENDAKIAN GUNUNG DI KAWASAN HUTAN SIMPANAN KEKAL di Negeri Terengganu adalah dibenarkan secara HARIAN SAHAJA dengan satu KUMPULAN PENDAKI TIDAK MELEBIHI LIMA (5) ORANG dan disyaratkan untuk menggunakan perkhidmatan Pemandu Alam Semula Jadi (NATURE GUIDE)/ MALIM GUNUNG yang berkelayakan atau yang berdaftar dengan jabatan.

PERMOHONAN PERMIT MEMASUKI HUTAN SIMPANAN KEKAL bagi tujuan PENDAKIAN GUNUNG di Negeri Terengganu adalah disyaratkan DUA (2) MINGGU SEBELUM TARIKH PENDAKIAN.
 
Pendaki adalah tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Pihak jabatan boleh/ akan menutup laluan pendakian gunung sekiranya didapati tiada kepatuhan kepada SOP.

ARAHAN
PENGARAH PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU

Perhatian :

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), sila klik SOP PEMBUKAAN TAMAN EKO-RIMBA DAN HUTAN TAMAN NEGERI JABATAN PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU BERKUATKUASA 15 JUN 2020