soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Pengumuman Perubahan Capaian URL Sistem-Sistem JPSM

 

Adalah dimaklumkan Bahagian Pengurusan Maklumat IPJPSM telah melaksanakan migrasi server pada tahun 2014 dan siap dilaksanakan pada bulan Disember 2014. Sehubungan itu, terdapat pengemaskinian dan perubahan capaian URL kepada sistem - sistem JPSM berdasarkan setting terkini server-server tersebut. Berikut disenaraikan URL terkini bagi sistem-sistem yang terlibat:

 

BIL

Sistem

URL Lama

URL Baru

1

Electronic Forest Genetic Resources Information System (E-FORGRIS)

 

simp.forestry.gov.my/eforgris

 

eforgris.forestry.gov.my

 

2

Sistem Maklumat Lesen (SML)

 

simp.forestry.gov.my/lesen

 

sml.forestry.gov.my

 

3

Sistem Maklumat Petak Contoh Kekal (e-PCK)

 

simp.forestry.gov.my/epck

 

epck.forestry.gov.my

 

4

Sistem Electronic For Logging (E-Forlog)

 

simp.forestry.gov.my/eforlog

eforlog.forestry.gov.my

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, Tuan / Puan boleh merujuk kepada Cik Mutia Anggerek bt Jusoh (ext: 452) atau Puan Noriswani bt Za'aldin (ext: 637) di Bahagian Pengurusan Maklumat, IPJPSM.

Sekian, terima kasih.

 

 

Penukaran Kata Laluan E-mel Rasmi Jabatan (@forestry.gov.my)

Adalah dimaklumkan, terdapat beberapa akaun e-mel pengguna JPSM telah dikesan diserang malicious software (malware)/spammers dan ini telah mengganggu operasi e-mel pengguna tersebut. Faktor utama perkara ini berlaku disebabkan :

i.Pengguna menggunakan kata laluan yang mudah diteka dan ringkas

ii.Pengguna telah klik pada pautan (url) yang terdapat pada e-mel yang diragui (untrusted sender). Perkara ini telah menyebabkan akaun pengguna tersebut dijadikan spam centre untuk menghantar e-mel spam (e-mail spoofing) kepada akaun pengguna lain termasuk forestry, gmail, yahoo dan lain-lain.

iii.Sekiranya e-mail spoofing berlaku, kebanyakan e-mail provider seperti gmail atau yahoo akan membuat sekatan sementara kepada e-mel Jabatan (@forestry.gov.my) bagi mengelakkan lebih banyak e-mel spam dihantar kepada pengguna e-mel mereka. Ini akan mengganggu komunikasi e-mel Jabatan dengan pengguna e-mel tersebut.

iv.Sehubungan itu, sebagai salah satu langkah keselamatan e-mel JPSM, Tuan / Puan adalah dimohon untuk membuat penukaran kata laluan(password) e-mel (@forestry.gov.my) masing-masing.

v.Bagi pengguna Microsoft Outlook,Tuan / Puan juga perlu membuat penukaran kata laluan di webmail JPSM dan setelah Tuan / Puan membuka program Microsoft Outlook satu pop-up window akan dipaparkan bagi memasukkan kata laluan yang telah ditukar.

vi.Kata laluan yang ditukar hendaklah mengikut best practice kata laluan iaitu mempunyai saiz sekurang-kurangnya lapan (8) aksara dengan gabungan alphanumerik dan simbol khas. Contoh kata laluan yang baik adalah seperti "j2yU!pa".

Tuan / Puan mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, mohon untuk rujuk dengan pegawai-pegawai di Bahagian Pengurusan Maklumat, Cik Mutia Anggerek Jusoh (anggerek@forestry.gov.my) atau Pn. Noriswani Za'aldin (noris@forestry.gov.my).

 

Notis Pemberitahuan Penangguhan Kadar Fee Lesen,Mesin Dan Jaminan Lesen (Deposit) Hingga 1 Jun 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Lembaga Mengambil Hasil Hutan BIL.1/2014 pada 19 Disember 2014 telah bersetuju untuk menangguhkan kenaikan kadar Fee Lesen, Mesin dan Jaminan Lesen (Deposit) sehingga 1 Jun 2015. Walaubagaimana pun, Fee pelbagai yang lain akan berkuatkuasa serta merta.

Sehubungan dengan itu, sila Tuan mengambil langkah-langkah awal bagi menghadapi kenaikan kadar Fee Lesen, Mesin Dan Jaminan Lesen (Deposit) tersebut.

 

Arahan

Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu

Tarikh : 21 Disember 2014

Notis Pemberitahuan Kenaikan Kadar Royalti 1 Januari 2015

Pelanggan Yang Dihormati

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) BIL. Ke-35/2013 pada 27 Disember 2013 melalui surat UPEN.TR.100/03/03-(4) telah bersetuju meluluskan kenaikan kadar royalti dan fee pelbagai ke atas pengeluaran hasil utama hutan di Negeri Terengganu.

Melalui Mesyuarat Lembaga Mengambil Hasil Hutan Bil. 1/2014 pada 19 Disember 2014, kenaikan kadar royalti ini akan berkuatkuasa serta merta pada 1 Januari 2015.

Arahan

Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu

Tarikh : 21 Disember 2014

Pengumuman Pindaan Tarikh Tutup Sebutharga Bagi Perkhidmatan Mencuci Dan Membersih Dan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Kawasan Di Hutan Lipur Negeri Terengganu

Pengumuman Pindaan Tarikh Tutup Sebutharga PHNT/HL/4/2015, PHNT/HL/5/2015 Bagi Perkhidmatan Mencuci Dan Membersih Dan PHNT/HL/9/2015 Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Kawasan Di Hutan Lipur Negeri Terengganu

 

 

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh tutup bagi sebutharga PHNT/HL/4/2015, PHNT/HL/5/2015 dan PHNT/HL/9/2015 telah dipinda ke tarikh 30 November 2014 (Ahad) Sebelum jam 12.00 tengahari.

 

Sekian Terima Kasih.

 

PENGARAH PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU