1Akses
  • Bahasa Lain

greenbluered



Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Majlis Melafaz Serta Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Pada 13 Jun 2017 (Selasa), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 dan Majlis Melafaz Serta Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan Besar Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Batu Enam, Kuala Terengganu. Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Dato' Hj. Nor Akhirrudin B. Mahmud (Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia), YBhg. Dato’ Haji Ahmad Fadzil Bin Abdul Majid (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu), PPj Sheikh Hamadi bin Haji Sheikh Abdul Hamid (Timbalan Pengarah SPRM Terengganu), pegawai-pegawai kanan dan kakitangan JPNT.

majlisAPC1

majlisAPC3

majlisAPC2

 

 

Program Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu 2017

Pada 15 April 2017 (Sabtu), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menganjurkan Program Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu 2017 bertempat di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT), Kuala Berang. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Rozi Bin Haji Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia Negeri Terengganu mewakili YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Bin Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu yang tidak dapat hadir. Turut serta dalam aktiviti ini ialah YBhg. Dato’ Roslan Bin Ariffin, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar Dan Perancangan) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Ahmad Fadzil Bin Abdul Majid (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu), pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB), pegawai-pegawai kanan, ahli PUSPANITA JPNT, pengetua sekolah, pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT), JKKK dan penduduk kampung. Penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat untuk menyayangi khazanah hutan melalui program kemasyarakatan. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut adalah penanaman pokok secara serentak dalam zon tanaman dan pameran.

ProgramHariHutan2017 1

ProgramHariHutan2017 2

ProgramHariHutan2017 5

ProgramHariHutan2017 3

ProgramHariHutan2017 4

ProgramHariHutan2017 7

 

Program Lawatan Ke Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan

Pada 7 Mac 2017 (Selasa), Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan “Program Lawatan Ke Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan” bertempat di Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan, Dungun. Turut serta dalam lawatan ini ialah YBhg. Datin Hajjah Siti Hajal Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Antara aktiviti yang diadakan ialah ziarah bekas kakitangan PHDTS, lawatan demo membuat sabun madu kelulut dan aktiviti memancing di Kampung Chabang, Kerteh. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan ahli-ahli PUSPANITA, kakitangan dan keluarga kakitangan Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan.

LawatanPHDTS1

 

LawatanPHDTS2

LawatanPHDTS3

LawatanPHDTS4

 

Program Lawatan Ke Pejabat Hutan Daerah Besut

Pada 1 Februari 2017 (Rabu), Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan “Program Lawatan Ke Pejabat Hutan Daerah Besut” bertempat di Pejabat Hutan Daerah Besut. Turut serta dalam lawatan ini ialah YBhg. Datin Hajjah Siti Hajal Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Antara aktiviti yang diadakan ialah ziarah kakitangan Jabatan (Pembantu Awam), lawatan LA Hot Spring dan lawatan demo membuat kerepek pisang di IKS, Kampung Gong Guchil Dalam dan Kampung Kayu Kelat Gong.

lawatan puspanita1

lawatan puspanita2

lawatan puspanita3

lawatan puspanita4

lawatan puspanita5