soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu 2019

Pada 28 Mac 2019 (Khamis), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) dengan kerjasama Pejabat Daerah Setiu dan University College Bestari (UCB) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu 2019 bertempat di Dewan Terbuka Universiti College Bestari (UCB), Setiu. Program ini telah dirasmikan oleh Dr Azman Ibrahim, (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri) mewakili Y.A.B Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar (Menteri Besar Terengganu) yang tidak dapat hadir. Turut serta dalam program ini ialah YBrs. En. Mohd Rahim bin Rani (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu). Penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat untuk menyayangi khazanah hutan melalui program kemasyarakatan. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut adalah penanaman pokok dan pameran.

HariHHA1

HariHHA4

HariHHA5

HariHHA7

HariHHA13

HariHHA8

Perjumpaan Pengarah Perhutanan Dengan Pegawai Kanan

Pada 1 Januari 2019 (Selasa), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan taklimat Perjumpaan Pengarah Perhutanan Dengan Pegawai Kanan bertempat Bilik Mesyuarat Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu baharu, En. Mohd Rahim Bin Rani telah mula melapor diri pada 1 Januari 2019. Warga Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu ingin mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas di Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

perjumpaan pengarah1

perjumpaan pengarah2

perjumpaan pengarah3

 

Program Communication, Education And Public Awareness (CEPA) Di Sekolah Kebangsaan Padang Landak Jerteh, Besut

Pada 9 Oktober 2018 (Selasa), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Padang Landak Jerteh, Besut telah menganjurkan Program Communication, Education And Public Awareness (CEPA) bertempat Sekolah Kebangsaan Padang Landak Jerteh, Besut. Turut serta dalam program ini ialah YBhg. Dato’ Haji Ahmad Fadzil Bin Abdul Majid (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu), Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Landak Jerteh, pegawai-pegawai kanan dan guru serta pelajar Sekolah Kebangsaan Padang Landak Jerteh. Antara aktiviti yang diadakan ialah penanaman pokok dan gotong-royong. Tujuan utama program ini diadakan untuk menyemai semangat cintakan alam sekitar.

programCEPA1 09102018

programCEPA2 09102018

programCEPA3 09102018

programCEPA4 09102018

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Majlis Persaraan Kakitangan 2018

Pada 13 September 2018 (Khamis), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 dan Majlis Persaraan Kakitangan 2018 bertempat di Dewan Besar Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Batu Enam, Kuala Terengganu. Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Dato’ Haji Ahmad Fadzil Bin Abdul Majid (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu), pegawai-pegawai kanan dan kakitangan JPNT. Aktiviti yang lain ialah “Program Kuca Sure” sempena Communication, Education And Public Awareness (CEPA).

programpersaraan1

programpersaraan2

programpersaraan3

programpersaraan4

programpersaraan5

programpersaraan6

programpersaraan7

Pada 13 September 2018 (Khamis), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 dan Majlis Persaraan Kakitangan 2018 bertempat di Dewan Besar Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Batu Enam, Kuala Terengganu. Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Dato’ Haji Ahmad Fadzil Bin Abdul Majid (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu), pegawai-pegawai kanan dan kakitangan JPNT. Aktiviti yang lain ialah “Program Kuca Sure” sempena Communication, Education And Public Awareness (CEPA). Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE