soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Sesi Slot Wawancara Dengan Radio RTM FM Dan MANIS FM

Pada 23 March 2015, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Tuan Haji Azmi Bin Nordin telah menghadiri sesi slot wawancara bersama dengan radio RTM Fm dan Manis Fm. Sesi slot wawancara bersama dengan radio RTM Fm ialah pada pukul 8.30 pagi, manakala sesi slot wawancara bersama dengan radio Manis Fm ialah pada pukul 11.30 pagi. Tujuan sesi slot wawancara dengan Radio RTM Fm dan Manis Fm ialah untuk menghebahkan Program Larian Tanah Bencah Setiu Dan Kempen Kesedaran Penanaman Pokok 2015. Antara temubual yang disampaikan oleh PPN Terengganu, Tuan Haji Azmi Bin Nordin ialah beliau menyeru untuk memelihara dan membersihkan kawasan persisiran pantai supaya sentiasa bersih dan terpelihara.

Radio1

 Sesi Slot Wawancara Tuan Haji Azmi Bin Nordin Bersama Radio RTM Fm.

Radio2

Radio3

Sesi Slot Wawancara Tuan Haji Azmi Bin Nordin Bersama Radio Manis Fm.

Radio4

Radio5

Program Sesi Penerangan Dan Pembelajaran Keadah Pemantauan Udara Dengan Menggunakan Unmanned Aerial Vehicle (UAV)

Pada 25 Februari 2015, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Program Sesi Penerangan Dan Pembelajaran Keadah Pemantauan Udara Dengan Menggunakan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) bertempat di Dewan Seminar Kelab Golf Tasik Puteri Bukit Besi Dungun, Terengganu. Turut menghadiri program ini ialah Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Tuan Haji Azmi Bin Nordin dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Taklimat penggunaan dan penerangan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) telah disampaikan oleh Dr. Alias Mohd Sood dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Antara aktiviti yang telah diadakan ialah sesi demo percubaan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) dan sesi soal jawab.

demo1

demo2

demo3

demo4

demo5

Lawatan Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang

Lawatan Hutan Lipur Sekayu telah diadakan di Kuala Berang, Terengganu pada 17 Februari 2015. . Turut serta lawatan ini ialah Tuan Haji Mohd Fauzi Bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Kemudahan yang disediakan di Hutan Lipur Sekayu seperti Pusat Maklumat, pondok rehat, chalet, tapak perkhemahan, tandas, surau, denai hutan dan taman herba.

LawatanSekayu

Lawatan Warisan Pahlawan Resort, Kuala Berang

Pada 17 Februari 2015, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan lawatan ke Warisan Pahlawan Resort, Kuala Berang. Lawatan diadakan selepas Majlis Tanaman Pokok di Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat. Turut hadir Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Tuan Haji Azmi Bin Nordin dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Lawatan di Warisan Pahlawan Resort memberi pendedahan kapada pengunjung mengenai keunikan rumah warisan dan seni ukir kayu yang halus. Program yang diadakan di Warisan Pahlawan Resort ialah Majlis Sambutan Hari Kelahiran Pengarah & Kakitangan dan Majlis Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan (Januari 2015) Pejabat Hutan Dearah Terengganu Barat.

LW1

LW2

LW3

LW4

 

 

 

Majlis Tanaman Pokok di Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat

Pada 17 Februari 2015, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu Bil.2/2015 dan Majlis Tanaman Pokok di Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat. Turut hadir Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Tuan Haji Azmi Bin Nordin dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

TP 1

TP 2

 

TP 3