soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Lawatan Tapak Semaian, Ajil

Lawatan tapak semaian telah diadakan di Tapak Semaian Ajil, Terengganu pada 3 Februari 2015. Projek Tapak semaian, Ajil masih dalam proses pembaikian. Turut serta lawatan ini ialah Tuan Haji Mohd Fauzi Bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

LawatanTapak2

LawatanTapak3

LawatanTapak4

Majlis Penyerahan 12 unit (Buah) Kenderaan Jabatan

Pada 3 Februari 2015, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Penyerahan Kenderaan bertempat di Dewan Batu 6, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara. Turut hadir program ini, Tuan Haji Azmi Bin Nordin Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu. Program ini disertai 40 orang termasuk pegawai dan kakitangan.

MPK2

MPK3

MPK4

MPK5

MPK6

MPK1

Lawatan Tapak Semaian Chalok, Setiu

Lawatan tapak semaian telah diadakan di Tapak Semaian Chalok Setiu, Terengganu pada 26 Januari 2015, selepas program gotong royong membersihkan Hutan Lipur Lata Tembakah. Turut serta lawatan ini ialah Tuan Haji Azmi Bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

TP1

TP2

TP3

TP4

Program Gotong-Royong Membersihkan Hutan Lipur Lata Tembakah, Besut

Satu program gotong-royong telah diadakan di Hutan Lipur Lata Tembakah, Besut, Terengganu pada 26 Januari 2015. Program ini telah dilancarkan oleh Tuan Haji Azmi Bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, pegawai-pegawai kanan dan renjer. Turut serta program ini ahli PUSPANITA(Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam) Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Program ini bertujuan untuk membersihkan kawasan Hutan Lipur Lata Tembakah akibat banjir dan memupuk semangat cintakan kebersihan di kalangan kakitangan jabatan disamping membina semangat kerjasama.

G2

G1

G3

G4

Majlis Jamuan Persaraan Dan Pertukaran Pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

Pada 21 Januari 2015, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Jamuan Persaraan dan Pertukaran Pegawai bertempat di Tingkat 8, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Majlis ini diadakan sempena meraikan persaraan pegawai iaitu Tuan Haji Nordin Bin Hamzah, En.Razali Bin Awang Hamat dan Sayed Hasan Bin Sayed Hasim. Manakala pertukaran pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu iaitu Puan Salwani Binti Shamsuddin.

JP1

JP2

JP3