soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Majlis Perarakan Maulidur Rasul Tahun 1436H/2015M

Pada 3 Januari 2015, bersamaan 12 Rabiulawal 1436 H, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengikuti Perarakan Sempena Maulidur Rasul S.A.W. Perarakan ini sejauh 2.4 kilometer bermula 7.30 pagi dari Dataran Shahbandar menuju Stadium Negeri dalam cuaca bergerimis. Tengku Seri Temenggong, Raja Tengku Baharuddin Sultan Mahmud yang mewakili Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, berkenan berangkat dan merasmikan sambutan itu yang disertai 5,000 orang. Perarakan diiringi dengan selawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W di sepanjang perjalanan.

mrasul2

mrasul1


Majlis Jamuan Pertukaran Pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

Pada 1 Januari 2015, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Jamuan Pertukaran Pegawai bertempat di Restoran Matahari, Kuala Terengganu. Majlis ini diadakan sempena pertukaran pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu iaitu En. Azhar Bin Anuar (Pegawai Hutan Daerah Terengganu Selatan), En. Mohd Firdaus Bin Jamel (Pegawai Hutan Daerah Terengganu Barat), En. Nuazri Bin Sedik (Pegawai Hutan Daerah Terengganu Utara) dan En. Mohd Fauzi Bin Taliyang (Penolong Jurutera).

 mpp1 640x480

Tuan Haji Azmi Bin Nordin, Pegarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu memberi ucapan.

mpp2 640x480

mpp3 640x480

mpp4 640x480

mpp5 640x480

mpp6 640x480

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Teganukita : JPNT Hasil Inokulum Pokok Karas

teganukita

Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Tuan Haji Azmi Bin Nordin.

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) bakal menghasilkan inokulum bagi memendekkan tempoh matang pokok karas lima tahun kepada tiga tahun, selain membantu pengusaha mendapatkan produk itu melalui agen berdaftar.

Pengarah jabatan itu, Azmi Nordin berkata, produk utama membentuk kayu gaharu dalam pokok karas itu dihasilkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan dijangka siap akhir tahun ini. Baca selanjutnya...