1Akses
  • Bahasa Lain

greenbluered



Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2013

 DSC 0593

 Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu 2013 telah berlangsung pada 13 Jun 2013 di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Sambutan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air Negeri Terengganu. Majlis ini turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Prof. Dr. Haji Abdul Rahman bin Abdul Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato' Masran bin Md. Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Dasar & Pembangunan), Tuan Haji Azmi bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Prof. Dr. Effendy bin Abd. Wahid, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu dan juga ketua-ketua jabatan serta agensi kerajaan Negeri dan Persekutuan. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan kawad kaki, koir dan juga upacara penanaman pokok di pantai tersebut.

 

 

 

Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara 2013: "Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Untuk Kesejahteraan Masyarakat"

payabakau

Sukacita dimaklumkan bahawa Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara 2013 bertemakan “Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Untuk Kesejahteraan Masyarakat” akan diadakan pada 11-13 Jun 2013 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu. Seminar ini akan dirasmikan oleh Yb Dato' Hj Razif Bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau & Air, Kerajaan Negeri Terengganu.            

Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara merupakan salah satu aktiviti pengukuhan di bawah Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara. Seminar seperti ini yang telah diadakan secara bersiri sejak tahun 2006 merupakan platform untuk membincangkan pelbagai aspek pemeliharaan dan pemuliharaan hutan pesisiran pantai negara, isu, cabaran dan input-input terkini bagi membantu kejayaan pelaksanaan program pemuliharaan hutan pesisiran pantai negara yang lebih berkesan. Melalui seminar ini juga dapat memberikan peluang kepada masyarakat setempat untuk turut mengambil bahagian secara aktif dan mendapat manfaat hasil daripada perbincangan dan pembentangan sepanjang seminar ini diadakan.

Objektif Seminar :-

  1. Menyediakan ruang untuk membincangkan isu, masalah, cabaran serta usaha-usaha pengurusan dan pemuliharaan hutan pesisiran pantai negara;
  2. Mendapatkan input-input terkini bagi memastikan pelaksanaan program tanaman yang lebih berkesan di masa hadapan;
  3. Meningkatkan inisiatif-inisiatif kesedaran awam terhadap tujuan dan kepentingan program pemuliharaan pesisiran pantai; dan
  4. Mengeratkan kerjasama di kalangan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, institusi-institusi tempatan dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam pemuliharaan dan pemeliharaan hutan pesisiran pantai negara.

Lawatan Berilmu ke Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn. Bhd.

{gspeech style=1 language=ms}

DSC00749 Pada 14 April 2013, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Lawatan Berilmu ke Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn. Bhd., Kompleks Perindustrian Petroleum Kerteh, Dungun, Terengganu. Lawatan ini diketuai oleh Y.Bhg. Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Tuan Haji Azmi bin Nordin dan diiringi oleh 40 orang kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai Persekitaran Selamat dan Sihat (HSE) untuk menjalankan kerja-kerja di lapangan. Adalah diharap lawatan seperti ini dapat meningkatkan tahap kesedaran kakitangan JPNT mengenai kepentingan dalam mengutamakan keselamatan dan kesihatan persekitaran tempat bekerja.

{/gspeech}

Kursus Penguatkuasaan Siasatan, Penguasaan Akta Perhutanan Negara 1984 & Enakmen Industri Berasas Kayu (EIBK)

{gspeech style=1 language=ms}

DSC 0176Kursus Penguatkuasaan Siasatan, Penguasaan Akta Perhutanan Negara 1984 dan EIBK telah diadakan pada 7-11 April 2013 di Merang Suria Resort, Setiu dan telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Azmi bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu. Seramai 45 peserta telah mengambil bahagian termasuk Pegawai-pegawai Hutan Daerah, Pegawai-pegawai Kanan dan juga anggota berpakaian seragam. Kursus ini bertujuan untuk melatih dan memperkemaskan pegawai dalam menjalankan proses serbuan dan siasatan berhubung kes-kes kesalahan hutan serta industri berasas kayu. Kursus ini diadakan dengan kerjasama dari pihak Polis DiRaja Malaysia dan Bahagian Perundangan dan Pe ndakwaan, Ibupejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia.

{/gspeech}

SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA 2013

{gspeech style=1 language=ms}

Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 telah diadakan pada 21 Mac 2013 (Khamis) jam 9.00 pagi bertempat di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan, Pahang dengan tema “Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat” dan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang.

{/gspeech}